Sejarah awal penubuhan Sekolah Agama Temiang

| |

Lokasi bangunan Sekolah Agama Temiang terletak di kawasan perkampungan atau lebih tepat lagi pinggir Bandar Maharani, Muar. Nama sekolah Agama Temiang diambil sempena nama Kampung Temiang di mana bangunan sekolah ini dibina sekitar tahun 1981, tarikh yang tepat tidak dapat dipastikan. Sekolah ini mula beroperasi dalam tahun 1922 di bangunan lama yang hanya mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebahagiannya di bilik darjah Sekolah Kebangsaan Temiang, disebut sebagai kelas menumpang.
Sekolah Agama Temiang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat, dibawah kelolaan Pejabat Agama Daerah Muar tetapi setelah ditukar taraf kepada Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor kira-kira dalam tahun 60-an maka segala urusan pentadbiran diambil alih oleh Pejabat Pendidikan Agama Daerah Muar yang ketika itu dinamakan sebagai Pejabat Agama Daerah Muar Bahagian Pendidikan.
Sistem pembayaran elaun mengajar pada masa itu adalah melalui wang zakat dan guru-guru di sekolah digelar sebagai guru zakat. Tenaga pengajar pada ketika itu hanya seorang sahaja dan anggaran jumlah murid lebih kurang 35 orang sahaja. Nama guru pertama yang bertugas di sekolah ini malangnya tidak dapat dikesan dan dipastikan sehingga rencana ini ditulis dan disiapkan.
Pertambahan murid dari masa ke semasa amat menggalakkan dan ini menyebabkan jumlah kelas semakin berkurangan, justeru itu pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan memberi kebenaran untuk menempatkan murid-murid Sekolah Agama Temiang di blok bangunan sekolah yang dibina ada tahun-tahun berikutnya, , ianya berlanjutan ke hari ini.
Bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah ramai, prasarana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif serta segala urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan lebih lancer dan sempurna maka pihak sekolah telah pun mengemukakan permohonan pembinaan bangunan Sekolah Agama Temiang di tapak yang telah diwakafkan oleh penduduk kampung semenjak tahun 1991. Kini guru-guru, murid- murid serta ibu bapa boleh menarik nafas kelegaan memandangkan perancangan pembinaan sekolah akan bermula pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan